Tuesday, January 26, 2010

PTPTN

KEPADA PELAJAR-PELAJAR TAJAAN PTPTN


 
PENDAFTARAN DAN BAYARAN PTPTN SEMESTER JANUARI 2010 UNTUK PELAJAR TAJAAN PTPTN

 
Pelajar-pelajar tajaan PTPTN diberi pelepasan sementara untuk mendaftar pada semester Januari 2010 tanpa membuat pembayaran minimum. Sekiranya memenuhi syarat, bayaran PTPTN untuk semester Januari 2010 akan dikreditkan terus ke OUM berdasarkan tunggakan yuran semasa pelajar.

  
Syarat pembayaran pinjaman PTPTN untuk semester Januari 2010 adalah seperti berikut;
  • Pelajar telah membuat pendaftaran lengkap untuk semester Januari 2010; dan
  • Pelajar memperolehi keputusan peperiksaan (PNG) 2.00 keatas bagi semester September 2009. 
  • Bagi pelajar yang telah mendapat pelepasan mendaftar untuk semester Januari 2010 tetapi keputusan peperiksaan tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan, pelajar dikehendaki untuk membuat bayaran pendaftaran sendiri sebelum tutorial ke-2 (T2). Sekiranya tiada bayaran diterima selepas tarikh tersebut, pihak OUM akan mengugurkan subjek di myLms dan pelajar dianggap tidak berdaftar untuk semester Januari 2010. 
  • Pelajar yang memenuhi syarat pembayaran akan menerima bayaran setelah proses pengesahan keputusan peperiksaan Sem September 2009 dikeluarkan. Pelajar dijangka akan menerima bayaran pada awal Februari dan potongan ke OUM kebiasaanya di kredit ke akaun OUM oleh pihak PTPTN pada pertengahan/akhir Februari.
Sekiranya terdapat kemuskilan sila berhubung terus dengan pegawai berikut;

 
  1. En. Ismady Bin Perdus : ismady_perdus@oum.edu.my
  2. En Mior Noorizham Fairuz : izham@oum.edu.my

 

 International Students Operations

Accreditation & Bursaries

Open University Malaysia

No comments:

Post a Comment