Tuesday, January 26, 2010

AUTODROP

Pengguguran kursus (Autodrop) adalah proses yang dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar yang masih belum menyempurnakan pendaftaran. Untuk makluman pelajar, pendaftaran hanya dianggap telah sempurna apabila pelajar telah mengambil tindakan berikut :


a) memilih kursus secara on-line ;

DAN

b) membuat pembayaran minimum menurut polisi yuran

Proses ini akan di jalankan pada 20 Januari 2010. Berikut adalah implikasi selepas proses berkenaan :
a) Maklumat kursus yang didaftarkan tiada di dalam LMS. Ini bermakna pelajar tidak dapat berforum.
b) Pelajar tidak akan mendapat slot jadual waktu buat sementara.

Sehubungan dengan itu ,bagi mengelakkan sebarang masalah, pelajar yang masih belum menyempurnakan pendaftaran hendaklah mengambil tindakan berikut :

Pelajar yang masih belum menyempurnakan pembayaran dan pendaftaran, hendaklah menyempurnakannya sebelum atau pada 18 Januari 2010.

Bagi Pelajar yang telah membuat pendaftaran secara online dan tidak menyempurnakan pembayaran, pelajar dikehendaki menyempurnakan pembayaran dalam tempoh masa di antara sebelum atau pada 18 Januari 2010

Nota :Pelajar yang menyempurnakan pendaftaran dan pembayaran selepas pengguguran kursus tidak dijanjikan untuk mendapat slot asal jadual waktu.

Semakan Pendaftaran Kursus Semester Januari 2010 Pelajar – pelajar diminta menyemak pendaftaran kursus Semester Januari 2010 bermula 21 Januari 2010 di MyLms – User Profile – Registered Courses.

Sebarang kemusykilan berkenaan pendaftaran sila hubungi Pentadbir Pusat Pembelajaran .

Harap maklum .

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment