Thursday, June 10, 2010

PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SEPTEMBER 2010

Kepada semua pelajar undergraduate di PP Johor,

Berikut dilampirkan circular terbaru daripada Pejabat Pendaftar untuk pendaftaran pelajar senior bagi Semester September 2010.
Bermula Semester September 2010, pendaftaran online hendaklah disertai dengan bayaran yuran tertunggak bagi semester Mei dan yuran pendaftaran sekurang-kurangnya RM700 bagi Semester September 2010 .
Ini adalah untuk mengelakkan implikasi berikut:

1. Nama pelajar digugurkan melalui sistem 'autodrop' jika tidak melengkapkan proses pendaftaran dengan membuat pembayaran yuran.
2. Pelajar tidak mendapat slot yang dikehendaki seperti yang dimasukkan dalam sistem myLMS.
3. Pelajar akan didenda sebanyak RM100 kerana mendaftar lewat.


Sila rujuk circular yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.
Sebarang kemusykilan boleh diajukan kepada Pusat Wilayah Johor melalui telefon dan e-mel yang terdapat dalam laman web.
Sekian, harap maklum.

KEMPEN DERMA DARAH

Assamualaikum dan salam sejahtera.


Dimaklumkan bahawa Kempen Derma Darah anjuran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru akan diadakan di PP Johor pada hujung minggu ini.
Butir-butir lanjut tentang kempen derma darah ini adalah seperti berikut:


Tarikh: Ahad, 13hb Jun, 2010
Masa - 10.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Dewan Tanjung Puteri, Mezzanine Floor, PP Johor.

Pihak PPW Johor mengalu-alukan sumbangan daripada para pelajar dan tutor bagi menjayakan kempen ini.
Sekian, harap maklum.

Panduan mendapatkan surat pengesahan bagi tujuan pengeluaran KWSP

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikut adalah panduan untuk mendapatkan surat pengesahan bagi tujuan pengeluaran KWSP menggunakan sistem eCRM.
 
1. Log in ke MyLms
2. Klik butang eCRM (sebelah kanan atas MyLms)
3. Klik pada Entry Form (sebelah kiri atas)
4. Pada Report Type pilih Enquiries
5. Pada Sub Category pilih Confirmation Letter
6. Pada 2nd sub category pilih EPF Confirmation Letter
7. Pada kotak Problem/Description/Query tuliskan secara ringkas butiran diri                                                 
(Nama, No ic, Alamat dan No tel)
8. Klik butang Submit
 
*surat pengesahan tersebut akan dihantarkan melalui pos dalam masa 7 hari dari tarikh permohonan.
 Harap maklum dan terima kasih.