Tuesday, December 1, 2009

Pekeliling Pendaftaran (Online) bagi semester Januari 2010-penting

Semua Para Pelajar Pra Siswazah (Undergraduate termasuk KPM dan SMP)



PENDAFTARAN ATAS TALIAN DAN PENGAMBILAN MODUL BAGI SEMESTER JANUARI 2010 SERTA PENDAFTARAN LEWAT

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.


Seperti tuan/puan sedia maklum, mulai Semester September 2009 pihak Universiti telah melaksanakan sistem pengambilan modul mengikut tarikh pelajar menyempurnakan pendaftaran atas talian. Turutan daripada ini untuk Semester Januari 2010, sistem ini diperkemaskan untuk memastikan pelajar yang mendaftar awal dengan sempurna dapat memperoleh modul pada hari yang ditetapkan. Sila rujuk kepada maklumat berikut:



A) Tempoh Pendaftaran Atas Talian dan Tarikh Pengambilan Modul


  1. Pendaftaran atas talian akan mula dibuka pada 10 November hingga 25 November 2009 mengikut zon. Pengumuman lanjut boleh didapati di myLMS.


  2. Pelajar tidak dibenarkan untuk mengambil modul di lokasi selain daripada Pusat Pembelajaran yang direkodkan dalam myLMS.


Tarikh-tarikh penting:


Pendaftaran Atas Talian
Penerimaan Modul

10 November – 25 November 2009
Hari pendaftaran (1st collection)

11 Januari – 17 Januari 2010
Selepas tutorial pertama (2nd collection)

Selepas 17 Januari 2010
Tiada modul bercetak disediakan. Pelajar perlu merujuk kepada modul softcopy di myLMS


Bagi kes pendaftaran atas talian selepas 25 November 2009 untuk kursus yang menggunakan buku teks, penghantaran buku tertakluk kepada stok sedia ada.

B) Pendaftaran Lewat

     Pelajar dibenarkan menyempurnakan pendaftaran mereka sehingga 7 Februari 2010 sahaja. Selepas tarikh ini, para pelajar tidak dibenarkan untuk mendaftar bagi semester Januari 2010 . Ini bermakna pelajar hanya boleh mendaftar untuk semester Mei 2010 setelah notis berbuat demikian dikeluarkan.


    Sehubungan itu, para pelajar diminta supaya mematuhi tempoh pendaftaran yang telah ditetapkan serta peraturan berhubung perkara ini. Ia bagi memastikan urusan percetakan dan pengedaran modul serta proses mengemaskini rekod pelajar berjalan dengan lebih lancar. Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Thursday, November 5, 2009

Pertukaran Tarikh Tutorial ke 5 bagi kelas Sabtu Minggu 1 dan 3 di PPW Johor Sahaja

Assalammualaikum dan Salam sejahtera

Ingin dimaklumkan sempena sambutan perayaan Hari Raya Haji, PPW Johor akan menukar tarikh tutorial 5 bagi kelas Sabtu Minggu 1 dan 3 sahaja pada tetapan berikut :

Tarikh asal tutorial 5 : 28 November 2009

Tarikh Baru Tutorial 5 : 5 Disember 2009

Masa dan tempat : sama seperti dalam jadual asal

Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai

Wednesday, November 4, 2009

Majlis Makan Malam Pra Graduasi OUM Johor

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Berikut adalah butiran dan lampiran nama bagi Majlis Makan Malam Pra Graduasi OUM Johor,

Tempat : Tera Thai Fine Dine Restaurant, No 31 Jalan Abdul Samad, 80100 Jb Johor

Tarikh : 07.11.2009

Masa : 8.00 malam

sebarang pertanyaan sila hubungi 0127543996 (Helmi)

Sunday, October 25, 2009

Pemakluman Kepada Pelajar PPT Batu Pahat & IPTHO(SMP)

Assalamualaikum&Selamat Sejahtera,

Dimaklumkan kepada para pelajar yang masih tidak dapat modul(modul kurang) masa sesi ambilan pertama,kedua & seterusnya boleh datang ke PPT Batu Pahat pada Tutorial 3 ini.Jika tidak,pelajar boleh hadir pada setiap hari Rabu sahaja dari jam 2ptg - 4ptg.

Sila bawa bersama keratan bawah UKR03 yang sudah bertandatangan staff oum(sebagai bukti penerimaan),jika tiada maka pemberian modul akan ditangguhkan.

Mohon juga untuk memaklumkan perkara ini kepada rakan-rakan jika pemakluman ini tidak diterima oleh mereka.

Sekian,harap maklum.

PEMAKLUMAN BERKAITAN KAD MATRIK BAGI (PP JOHOR/PPT BATU PAHAT/PPT IPTI/PPT IPTHO)

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa masih terdapat kad matrik yang telah siap tapi tidak diambil di pusat pembelajaran(Johor & Batu Pahat) iaitu dari tahun 2002 hingga 2009(sehingga semester Jan shj).Mohon kerjasama pelajar berkenaan untuk mengambilnya.

Bagi mereka yang masih belum menerima kad matrik(utk pelajar sem. May '09 & Sept '09 shj),satu senarai nama akan dikeluarkan nanti.

Dilampirkan senarai nama kad matrik pelajar yang telah siap mengikut tahun ambilan.

p/s:- J02=PPT IPTI / J03=PPT BATU PAHAT / J04= PP JOHOR / J06= PPT IPTHO

Sekian,harap maklum.

Jamuan Deeparaya di PPW Johor

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Ingin dimaklumkan bahawa Kelab Sukan dan Kebajikan OUM Johor akan mengadakan Jamuan Deeparaya pada tetapan berikut.

Tarikh : Ahad, 25 Oktober 2009

Tempat : Dewan Tanjung Puteri

OUMJB

Masa : 12.30 ptg – 4.30 ptg

Semua Ahli Kelab di jemput hadir

memeriahkan jamuan ini.