Sunday, January 10, 2010

Hari Pendaftaran Pelajar Baru Undergraduate Ambilan 2010

Pada hari Sabtu, 9hb. Januari, 2010, Pusat Pembelajaran Wilayah Johor bertempat di Johor Bahru mengadakan hari pendaftaran untuk pelajar-pelajar baru yang mendaftar untuk semester Januari 2010. Tarikh yang sama juga menyaksikan pendaftaran serentak pelajar baru OUM di kesemua pusat pembelajaran wilayah lain yang terletak di Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak. Pada hari yang sama, pendaftaran pelajar walk-in juga dijalankan.





Aturcara pendaftaran dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Pengarah, Pusat Pembelajaran Wilayah OUM yang baru, Encik Abdul Rahim bin Mohamed Amin pada pukul 9.00 pagi.




 

Encik Abdul Rahim juga memperkenalkan tunggak utama Pusat Pembelajaran Wilayah Johor - (dari kiri ke kanan - Puan Noraniza Zainal, Pentadbir PPW Johor Baru; Puan Hidayati Kasuma Abdul Hadi, Penolong Pengarah (Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Pentadbiran), Puan Azlina Adnan, Penolong Pengarah (Akademik dan Hal-Ehwal Pelajar) dan Puan Sarimurni Mohd Sani, Pentabir Pusat Pembelajaran Tempatan (PPT) Batu Pahat.





Agenda diteruskan dengan taklimat tentang fungsi pusat perkhidmatan pelajar merangkap Pusat Pembelajaran Wilayah yang disampaikan oleh Tutor Kanan PPW Johor, Puan Zaiton Jaafar. Puan Zaiton juga menyentuh tentang bagaimana pelajar-pelajar boleh membuat permohonan pelajaran melalui laman web Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


 

Tuan Haji Kamarudin Bujang, seorang lagi Tutor Kanan PPW Johor juga memberi keterangan lanjut mengenai peperiksaan yang dijalankan semasa semester berlangsung dan sedikit pendedahan tentang isu-isu yang perlu ditangani oleh pelajar OUM dalam mengikuti pembelajaran terbuka di OUM.


 

Program dilanjutkan dengan penjelasan ringkas Dr. Fahrul Zaman Huyop, Tutor Kanan OUM berkenaan my LMS, sistem pembelajaran online yang dibangunkan khusus untuk menepati keperluan pelajar OUM.



Puan Azlina Adnan, Penolong Pengarah Hal-Ehwal Pelajar dan Tutor di PPW Johor Bahru. membentangkan peraturan akademik dan proses pendaftaran yang perlu diikuti sepanjang pelajar menjalani pengajian di OUM.



Proses pendaftaran pelajar baru dimulakan sebaik sahaja selesai makan tengah hari pada pukul 12.00 tengahari..

Hari pendaftaran kali ini menyaksikan sebanyak 160 orang pelajar baru undergraduate mendaftar di Pusat Pembelajaran Wilayah Johor Bahru. Setakat ini, program Islamic Studies mencatat jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 12 orang.

Syabas kepada semua staf PPW Johor Bahru dan PPT Batu Pahat yang bekerjasama untuk melicinkan proses pendaftaran pada hari pendaftaran.







No comments:

Post a Comment