Thursday, July 8, 2010

PROSEDUR PERMOHONAN BARU DAN PERMOHONAN SEMULA PINJAMAN PTPTN ONLINE BERKUATKUASA 16 JUN 2010

Salam 1 Malaysia,
 
Dimaklumkan bahawa pihak PTPTN telah mengarahkan pelajar agar membuat permohonan pinjaman PTPTN hanya melalui laman web PTPTN di www.ptptn.gov.my berkuatkuasa 16 Jun 2010.
 
Kategori pelajar atau pemohon yang terlibat dan perlu untuk membuat permohonan baru di laman web tersebut adalah seperti berikut :
 
  1. Permohonan baru (pelajar yang belum dan tidak pernah memohon)
  1. Pelajar yang telah membuat permohonan baru pinjaman PTPTN online bermula 16 Jun 2010.
  1. Permohonan semula bermula 16 Jun 2010 yang disebabkan masalah “Kursus Tidak Aktif”.
Pelajar boleh menggunakan semula nombor PIN yang sama bagi tujuan tersebut. Sekiranya nombor PIN terdahulu tidak boleh diguna semula, pelajar perlu mendapatkan nombor PIN yang baru di mana-mana cawangan BSN.
 
KATEGORI PELAJAR YANG TIDAK TERLIBAT DENGAN ARAHAN DI ATAS ADALAH SEPERTI BERIKUT :
 
  1. Pelajar yang telah mendapat kelulusan Tawaran Pinjaman PTPTN bertarikh 22 Jun 2010 dan sebelumnya
  1. Pelajar yang pernah menerima atau telah mendapat bayaran pertama daripada PTPTN.
  1. Permohonan yang ditolak disebabkan masalah “Kursus Tidak Aktif” daripada program BITN, BHM & BTRM (sehingga diberitahu kelak).
Sebarang masalah berkaitan sistem permohonan pinjaman PTPTN onlne, sila hubungi PTPTN hotline di talian 03 – 2092 7788.

No comments:

Post a Comment