Perhatian kepada semua pelajar Senior OUM,
Merujuk kepada perkara di atas, mohon perhatian berkaitan perkara berikut:
1. Pendaftaran Online
2. Pengambilan Modul
3. Pematuhan kepada Polisi Kewangan
4. Pendaftaran subjek MPW 2133 / MPW 1133 ( Pengajian Malaysia ) secara online (OL)
1. Pendaftaran Online
Sila ambil perhatian dan rujuk Pekeliling Pejabat Pendaftar (07/2010) berkenaan Dasar–dasar Baru Berhubung Pendaftaran Semula Pelajar Senior.
Pendaftaran online kursus-kursus Semester September 2010 akan mula dibuka seperti tarikh berikut:
Jadual 1. Jadual pendaftaran online dan tarikh pengambilan modul
Pendaftaran atas talian | Tarikh ambil modul | Caj Pendaftaran lewat | Tarikh Akhir Bayaran |
PENDAFTARAN AWAL (25 Jun -12 Julai 2010) | CETAKAN PERTAMA 4 & 5 Sept 2010 Aliran Utama 31 Julai -1 Ogos 2010 (Tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia KPM) | Tiada | 5 September 2010 |
PENDAFTARAN LEWAT (23 Ogos -5 Sept 2010) | CETAKAN KEDUA 11 Oktober 2010 (Selepas T2) | RM100.00 | 5 September 2010 |
Mohon rujuk peraturan berkaitan yang diringkaskan seperti di bawah semasa melakukan pendaftaran online :
1. Anda wajib memilih kursus/subjek secara online. Pendaftaran secara manual tidak diterima.
2. Permohonan tambah/gugur (Add/Drop) boleh di mohon secara online di UKR online (eservices) :
· Tarikh tutup Tambah Kursus : 12 Julai 2010
· Tarikh tutup Gugur Kursus : 2 Ogos 20103.
3. Anda dibenarkan mendaftar maksimum sebanyak tiga (3) kursus dengan syarat anda memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dalam Polisi Akademik dalam perincian jadual di bawah:
Jadual 2. Perincian Polisi Akademik
Pencapaian PNGK | Kelayakan Pendaftaran Kursus | |
1. | PNGK setakat Semester Januari 2010 adalah >= 2.00 (antara 2.00 hingga 4.00) | Mana-mana tiga (3) kursus/subjek yang ditentukan oleh pihak Fakulti. |
2. | PNGK setakat Semester Januari 2010 adalah kurang daripada 2.00 (1.99 dan ke bawah) | 1. Mana-mana dua (2) kursus/subjek yang ditentukan oleh pihak Fakulti. 2. Anda dibenarkan mengulang peperiksaan untuk memperbaiki PNGK: a. Sila semak jadual Peperiksaan Semester September 2010; DAN b. Sila pastikan gred penilaian berterusan (kerja kursus) bagi kursus/subjek yang ingin diulang peperiksaan masih lagi sah. (kesahihan gred penilaian berterusan adalah dalam tempoh satu (1) tahun) |
Sila rujuk Registration Flow Chart .
2. Pengambilan Modul
Sila rujuk Jadual 1 di atas (Jadual pendaftaran online dan tarikh pengambilan modul).
3. Polisi Kewangan
Sila rujuk Polisi Kewangan
· Sila jelaskan yuran tertunggak sebelum tarikh 5 September 2010
· Anda diingatkan supaya memastikan bayaran minimum telah dijelaskan sebelum 5 September 2010 bagi mengelakkan sebarang gangguan ke atas akses MyLMS.
Nota tambahan:
a) Pelajar program KPM:
i. Kursus anda akan didaftar secara automatik (pendaftaran auto)
ii. Namun, anda perlu membuat pemilihan jadual pembelajaran.sahaja.
iii. Kes penangguhan: Sekiranya tiada surat kelulusan daripada pihak KPM, kursus yang telah didaftarkan melalui pendaftaran auto dianggap sah.
iv. Pendaftaran auto juga akan dilaksanakan ke atas kursus-kursus yang dikenal pasti oleh pihak Fakulti sebagai mengulang kursus. Pembayaran perlu dibuat sebelum atau pada 5 September 2010.
b) Pelajar Open Market:
a. Sila pilih kursus dan daftar secara online seperti lazimnya.
b. Sila pilih jadual pembelajaran.
· Anda perlu merujuk kepada jadual di bawah untuk pendaftaran online mengikut Zon yang akan di buka mengikut tarikh yang di tetapkan :
NO. | NEGERI | TARIKH & MASA (MULA) | TARIKH & MASA (TAMAT) |
1. | Utara Perak, Perlis, Kedah & Pulau Pinang Selatan Johor, Melaka & Negeri Sembilan | 25 Jun 2010 (Jumaat)(12.00 tengahari) | 28 Jun 2010 (Isnin) (11.30 pagi) |
2. | Timur Kelantan, Terengganu & Pahang Timur Malaysia Sabah & Sarawak | 28 Jun 2010 (Isnin) (12.00 tengahari) | 03 Julai 2010 (Sabtu) (11.30 pagi) |
3. | Lembah Kelang Selangor & Kuala Lumpur | 03 Julai 2010(Sabtu)(12.00 tengahari) | 06 Julai 2010(Selasa)(11.30 pagi) |
4. | Semua Negeri | 06 Julai 2010(Selasa) (12.00 tengahari) | 12 Julai 2010(Isnin) (12.00 tengahari) |
4. Pendaftaran subjek MPW 2133 / MPW 1133 ( Pengajian Malaysia ) secara online (OL)
· Bermula semester September 2010, pelajar yang belum mengambil subjek MPW2133 / MPW1133, subjek berkenaan akan ditawarkan secara online (OL) sepenuhnya.
· Anda akan menikmati diskaun sebanyak 25% bagi subjek ini ke atas yuran per kredit.
Sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan pendaftaran online, sila berhubung terus dengan Pentadbir di Pusat Pembelajaran berdekatan.
Sekian, terima kasih.
Pejabat Pendaftar
No comments:
Post a Comment