Perhatian kepada semua pelajar Senior OUM,
Merujuk kepada perkara di atas, mohon perhatian berkaitan perkara berikut:
1. Pendaftaran Online
2. Pengambilan Modul
3. Pematuhan kepada Polisi Kewangan
4. Pendaftaran subjek MPW 2133 / MPW 1133 ( Pengajian Malaysia ) secara online (OL)
1. Pendaftaran Online
Sila ambil perhatian dan rujuk Pekeliling Pejabat Pendaftar (07/2010) berkenaan Dasar–dasar Baru Berhubung Pendaftaran Semula Pelajar Senior.
Pendaftaran online kursus-kursus Semester September 2010 akan mula dibuka seperti tarikh berikut:
Jadual 1. Jadual pendaftaran online dan tarikh pengambilan modul
| Pendaftaran atas talian | Tarikh ambil modul | Caj Pendaftaran lewat | Tarikh Akhir Bayaran |
| PENDAFTARAN AWAL (25 Jun -12 Julai 2010) | CETAKAN PERTAMA 4 & 5 Sept 2010 Aliran Utama 31 Julai -1 Ogos 2010 (Tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia KPM) | Tiada | 5 September 2010 |
| PENDAFTARAN LEWAT (23 Ogos -5 Sept 2010) | CETAKAN KEDUA 11 Oktober 2010 (Selepas T2) | RM100.00 | 5 September 2010 |
Mohon rujuk peraturan berkaitan yang diringkaskan seperti di bawah semasa melakukan pendaftaran online :
1. Anda wajib memilih kursus/subjek secara online. Pendaftaran secara manual tidak diterima.
2. Permohonan tambah/gugur (Add/Drop) boleh di mohon secara online di UKR online (eservices) :
· Tarikh tutup Tambah Kursus : 12 Julai 2010
· Tarikh tutup Gugur Kursus : 2 Ogos 20103.
3. Anda dibenarkan mendaftar maksimum sebanyak tiga (3) kursus dengan syarat anda memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dalam Polisi Akademik dalam perincian jadual di bawah:
Jadual 2. Perincian Polisi Akademik
| Pencapaian PNGK | Kelayakan Pendaftaran Kursus | |
| 1. | PNGK setakat Semester Januari 2010 adalah >= 2.00 (antara 2.00 hingga 4.00) | Mana-mana tiga (3) kursus/subjek yang ditentukan oleh pihak Fakulti. |
| 2. | PNGK setakat Semester Januari 2010 adalah kurang daripada 2.00 (1.99 dan ke bawah) | 1. Mana-mana dua (2) kursus/subjek yang ditentukan oleh pihak Fakulti. 2. Anda dibenarkan mengulang peperiksaan untuk memperbaiki PNGK: a. Sila semak jadual Peperiksaan Semester September 2010; DAN b. Sila pastikan gred penilaian berterusan (kerja kursus) bagi kursus/subjek yang ingin diulang peperiksaan masih lagi sah. (kesahihan gred penilaian berterusan adalah dalam tempoh satu (1) tahun) |
Sila rujuk Registration Flow Chart .
2. Pengambilan Modul
Sila rujuk Jadual 1 di atas (Jadual pendaftaran online dan tarikh pengambilan modul).
3. Polisi Kewangan
Sila rujuk Polisi Kewangan
· Sila jelaskan yuran tertunggak sebelum tarikh 5 September 2010
· Anda diingatkan supaya memastikan bayaran minimum telah dijelaskan sebelum 5 September 2010 bagi mengelakkan sebarang gangguan ke atas akses MyLMS.
Nota tambahan:
a) Pelajar program KPM:
i. Kursus anda akan didaftar secara automatik (pendaftaran auto)
ii. Namun, anda perlu membuat pemilihan jadual pembelajaran.sahaja.
iii. Kes penangguhan: Sekiranya tiada surat kelulusan daripada pihak KPM, kursus yang telah didaftarkan melalui pendaftaran auto dianggap sah.
iv. Pendaftaran auto juga akan dilaksanakan ke atas kursus-kursus yang dikenal pasti oleh pihak Fakulti sebagai mengulang kursus. Pembayaran perlu dibuat sebelum atau pada 5 September 2010.
b) Pelajar Open Market:
a. Sila pilih kursus dan daftar secara online seperti lazimnya.
b. Sila pilih jadual pembelajaran.
· Anda perlu merujuk kepada jadual di bawah untuk pendaftaran online mengikut Zon yang akan di buka mengikut tarikh yang di tetapkan :
| NO. | NEGERI | TARIKH & MASA (MULA) | TARIKH & MASA (TAMAT) |
| 1. | Utara Perak, Perlis, Kedah & Pulau Pinang Selatan Johor, Melaka & Negeri Sembilan | 25 Jun 2010 (Jumaat)(12.00 tengahari) | 28 Jun 2010 (Isnin) (11.30 pagi) |
| 2. | Timur Kelantan, Terengganu & Pahang Timur Malaysia Sabah & Sarawak | 28 Jun 2010 (Isnin) (12.00 tengahari) | 03 Julai 2010 (Sabtu) (11.30 pagi) |
| 3. | Lembah Kelang Selangor & Kuala Lumpur | 03 Julai 2010(Sabtu)(12.00 tengahari) | 06 Julai 2010(Selasa)(11.30 pagi) |
| 4. | Semua Negeri | 06 Julai 2010(Selasa) (12.00 tengahari) | 12 Julai 2010(Isnin) (12.00 tengahari) |
4. Pendaftaran subjek MPW 2133 / MPW 1133 ( Pengajian Malaysia ) secara online (OL)
· Bermula semester September 2010, pelajar yang belum mengambil subjek MPW2133 / MPW1133, subjek berkenaan akan ditawarkan secara online (OL) sepenuhnya.
· Anda akan menikmati diskaun sebanyak 25% bagi subjek ini ke atas yuran per kredit.
Sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan pendaftaran online, sila berhubung terus dengan Pentadbir di Pusat Pembelajaran berdekatan.
Sekian, terima kasih.
Pejabat Pendaftar














