Thursday, July 8, 2010

PROSEDUR PERMOHONAN BARU DAN PERMOHONAN SEMULA PINJAMAN PTPTN ONLINE BERKUATKUASA 16 JUN 2010

Salam 1 Malaysia,
 
Dimaklumkan bahawa pihak PTPTN telah mengarahkan pelajar agar membuat permohonan pinjaman PTPTN hanya melalui laman web PTPTN di www.ptptn.gov.my berkuatkuasa 16 Jun 2010.
 
Kategori pelajar atau pemohon yang terlibat dan perlu untuk membuat permohonan baru di laman web tersebut adalah seperti berikut :
 
  1. Permohonan baru (pelajar yang belum dan tidak pernah memohon)
  1. Pelajar yang telah membuat permohonan baru pinjaman PTPTN online bermula 16 Jun 2010.
  1. Permohonan semula bermula 16 Jun 2010 yang disebabkan masalah “Kursus Tidak Aktif”.
Pelajar boleh menggunakan semula nombor PIN yang sama bagi tujuan tersebut. Sekiranya nombor PIN terdahulu tidak boleh diguna semula, pelajar perlu mendapatkan nombor PIN yang baru di mana-mana cawangan BSN.
 
KATEGORI PELAJAR YANG TIDAK TERLIBAT DENGAN ARAHAN DI ATAS ADALAH SEPERTI BERIKUT :
 
  1. Pelajar yang telah mendapat kelulusan Tawaran Pinjaman PTPTN bertarikh 22 Jun 2010 dan sebelumnya
  1. Pelajar yang pernah menerima atau telah mendapat bayaran pertama daripada PTPTN.
  1. Permohonan yang ditolak disebabkan masalah “Kursus Tidak Aktif” daripada program BITN, BHM & BTRM (sehingga diberitahu kelak).
Sebarang masalah berkaitan sistem permohonan pinjaman PTPTN onlne, sila hubungi PTPTN hotline di talian 03 – 2092 7788.

PENDAFTARAN ONLINE SEMESTER SEPTEMBER 2010 PELAJAR LAMA

Perhatian kepada semua pelajar Senior OUM,   
 
Merujuk kepada perkara di atas, mohon perhatian berkaitan perkara berikut:
1.      Pendaftaran Online
2.      Pengambilan Modul
3.      Pematuhan kepada Polisi Kewangan
4.      Pendaftaran subjek MPW 2133 / MPW 1133  ( Pengajian Malaysia ) secara online (OL)  
 
 
1.      Pendaftaran Online
 
Pendaftaran online kursus-kursus Semester September  2010 akan mula  dibuka  seperti tarikh berikut: 
                    
                           Jadual 1. Jadual pendaftaran online dan tarikh pengambilan modul
Pendaftaran atas talian Tarikh ambil modul Caj Pendaftaran lewat Tarikh Akhir Bayaran
PENDAFTARAN AWAL 
(25 Jun -12 Julai 2010) 
CETAKAN PERTAMA  
4 & 5 Sept 2010
Aliran Utama  
31 Julai -1 Ogos 2010
(Tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia KPM)
 Tiada 5 September 2010
PENDAFTARAN LEWAT
(23 Ogos -5 Sept 2010) 
CETAKAN KEDUA  
11 Oktober 2010
(Selepas T2)
RM100.00 5 September 2010
 
Mohon rujuk peraturan berkaitan yang diringkaskan seperti di bawah semasa melakukan pendaftaran online
1.      Anda wajib memilih kursus/subjek secara online. Pendaftaran secara manual tidak diterima.
2.      Permohonan tambah/gugur (Add/Drop) boleh di mohon secara online  di UKR online (eservices) :
·         Tarikh tutup Tambah Kursus : 12 Julai 2010
·         Tarikh tutup Gugur Kursus : 2 Ogos 20103.     
3.    Anda dibenarkan mendaftar maksimum sebanyak tiga (3) kursus dengan syarat anda memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dalam Polisi Akademik dalam perincian jadual di bawah:
                                                 Jadual 2. Perincian Polisi Akademik
  Pencapaian PNGK Kelayakan Pendaftaran Kursus
1. PNGK setakat Semester Januari   2010 adalah >= 2.00
(antara  2.00 hingga 4.00) 
Mana-mana tiga (3) kursus/subjek yang ditentukan oleh pihak Fakulti.
2. PNGK setakat Semester Januari  2010 adalah kurang daripada 2.00 (1.99 dan ke bawah) 1.         Mana-mana dua (2) kursus/subjek yang ditentukan oleh pihak Fakulti.
2.         Anda dibenarkan mengulang peperiksaan untuk memperbaiki PNGK:
a.    Sila semak jadual Peperiksaan Semester September  2010; DAN
b.    Sila pastikan gred penilaian berterusan (kerja kursus) bagi kursus/subjek yang ingin diulang peperiksaan masih lagi sah. (kesahihan gred penilaian berterusan adalah dalam tempoh satu (1) tahun)
Sila rujuk Registration Flow Chart 
2.            Pengambilan Modul 
Sila rujuk Jadual 1 di atas (Jadual pendaftaran online dan tarikh pengambilan modul).  
3.            Polisi Kewangan
Sila rujuk Polisi Kewangan
·         Sila jelaskan yuran tertunggak sebelum tarikh 5 September 2010
·         Anda diingatkan supaya memastikan bayaran minimum telah dijelaskan sebelum 5 September 2010 bagi mengelakkan sebarang gangguan ke atas akses MyLMS.  
Nota tambahan: 
a)      Pelajar program KPM:                                 
 i.            Kursus anda akan didaftar secara automatik (pendaftaran auto)                              
 ii.            Namun, anda perlu membuat pemilihan jadual pembelajaran.sahaja.                             
 iii.            Kes penangguhan: Sekiranya tiada surat kelulusan daripada pihak KPM, kursus yang telah didaftarkan melalui pendaftaran auto dianggap sah.                            
 iv.            Pendaftaran auto juga akan dilaksanakan ke atas kursus-kursus yang dikenal pasti oleh pihak Fakulti sebagai mengulang kursus. Pembayaran perlu dibuat sebelum atau pada 5 September 2010
 
b)      Pelajar Open Market:
a.      Sila pilih kursus dan daftar secara online seperti lazimnya.
b.      Sila pilih jadual pembelajaran. 
 
·         Anda perlu merujuk kepada jadual di bawah untuk pendaftaran online mengikut Zon yang akan di buka mengikut tarikh yang di tetapkan :
NO. NEGERI TARIKH  & MASA  (MULA) TARIKH  & MASA  (TAMAT)
 1.  Utara
Perak, Perlis, Kedah & Pulau Pinang 
Selatan
Johor, Melaka & Negeri Sembilan 
 25 Jun 2010 (Jumaat)(12.00 tengahari) 28 Jun 2010 (Isnin) (11.30 pagi)
 2.  Timur
Kelantan, Terengganu & Pahang 
Timur Malaysia
Sabah & Sarawak   
28 Jun 2010 (Isnin) (12.00 tengahari)  03 Julai 2010 (Sabtu) (11.30 pagi) 
 3.  Lembah Kelang  
Selangor & Kuala Lumpur   
 03 Julai 2010(Sabtu)(12.00 tengahari)   06 Julai 2010(Selasa)(11.30 pagi) 
 4.  Semua Negeri  06 Julai 2010(Selasa)      
(12.00 tengahari)
 12 Julai 2010(Isnin) 
(12.00 tengahari) 
4.       Pendaftaran subjek MPW 2133 / MPW 1133 ( Pengajian Malaysia ) secara online (OL) 
·         Bermula semester September 2010, pelajar yang belum mengambil subjek MPW2133 / MPW1133, subjek berkenaan akan ditawarkan secara online (OL) sepenuhnya.
·         Anda akan menikmati diskaun sebanyak 25% bagi subjek ini ke atas yuran per kredit.
Sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan pendaftaran online, sila berhubung terus dengan Pentadbir di Pusat Pembelajaran berdekatan. 
 
Sekian, terima kasih. 
Pejabat Pendaftar  
 
 
Sila ke pendaftaran Online Semester SEPTEMBER   2010