Tuesday, December 1, 2009

Pekeliling Pendaftaran (Online) bagi semester Januari 2010-penting

Semua Para Pelajar Pra Siswazah (Undergraduate termasuk KPM dan SMP)



PENDAFTARAN ATAS TALIAN DAN PENGAMBILAN MODUL BAGI SEMESTER JANUARI 2010 SERTA PENDAFTARAN LEWAT

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.


Seperti tuan/puan sedia maklum, mulai Semester September 2009 pihak Universiti telah melaksanakan sistem pengambilan modul mengikut tarikh pelajar menyempurnakan pendaftaran atas talian. Turutan daripada ini untuk Semester Januari 2010, sistem ini diperkemaskan untuk memastikan pelajar yang mendaftar awal dengan sempurna dapat memperoleh modul pada hari yang ditetapkan. Sila rujuk kepada maklumat berikut:



A) Tempoh Pendaftaran Atas Talian dan Tarikh Pengambilan Modul


  1. Pendaftaran atas talian akan mula dibuka pada 10 November hingga 25 November 2009 mengikut zon. Pengumuman lanjut boleh didapati di myLMS.


  2. Pelajar tidak dibenarkan untuk mengambil modul di lokasi selain daripada Pusat Pembelajaran yang direkodkan dalam myLMS.


Tarikh-tarikh penting:


Pendaftaran Atas Talian
Penerimaan Modul

10 November – 25 November 2009
Hari pendaftaran (1st collection)

11 Januari – 17 Januari 2010
Selepas tutorial pertama (2nd collection)

Selepas 17 Januari 2010
Tiada modul bercetak disediakan. Pelajar perlu merujuk kepada modul softcopy di myLMS


Bagi kes pendaftaran atas talian selepas 25 November 2009 untuk kursus yang menggunakan buku teks, penghantaran buku tertakluk kepada stok sedia ada.

B) Pendaftaran Lewat

     Pelajar dibenarkan menyempurnakan pendaftaran mereka sehingga 7 Februari 2010 sahaja. Selepas tarikh ini, para pelajar tidak dibenarkan untuk mendaftar bagi semester Januari 2010 . Ini bermakna pelajar hanya boleh mendaftar untuk semester Mei 2010 setelah notis berbuat demikian dikeluarkan.


    Sehubungan itu, para pelajar diminta supaya mematuhi tempoh pendaftaran yang telah ditetapkan serta peraturan berhubung perkara ini. Ia bagi memastikan urusan percetakan dan pengedaran modul serta proses mengemaskini rekod pelajar berjalan dengan lebih lancar. Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.